Thursday, March 22, 2012

Merisik

Assalamualaikum semua :)


Dah lama sangat ke ittew tak update blog ni? Sampai dapat question from Mr/Mrs anonymous dekat Formspring 'bila tyqa nak update blog?' Hee ittew baru nak bawa diri dari dunia blog ni tapi bila dah ada peminat tanya, I'll update la yea :) Btw before awak-awak baca this title dan terus buat andaian sendiri baik awak baca cerita ni sampai habis dan penuh khusyuk! This conversation between my ayah and my mum :)



*Waktu lunch hari tu ayah beria-ia ajak aku lunch sama-sama. But I refused not join them, haihh sampai sekarang aku rasa bersalah sebab tak makan sama-sama :(


Ayah : Kak long mai la makan sekali.

Me : Taknak la, org dah kenyang, nak tidur. *kenyang akibat breakfast pukul 12 :)

Ayah : Meh la makan sekali, mak masak sedap ni.

Me : Ermmmm. *sambil pura-pura mengantuk sangat dan buat-buat tidur.



*Actually aku hampir-hampir terlelap jugak since ayah terus makan sambil borak-borak dengan mak. But aku terus terjaga dan pasang telinga bila dengar dorang borak pasal ni.



Mak : Tak jadi la dengan budak laki tu.

Ayah : Lah awatnya? Budak laki tu teruk ka?

Mak : Tak la, hari tu pergi rumah keluarga lelaki tu. Tapi rumah dia dalam sangat, rumah pun rumah lama. Bilik air kat luar, boleh ka dia duk situ nanti bila dah kahwin esok?

Ayah : Ya Allah, dah kahwin esok bukannya depa duk situ. Itu kan rumah mak ayah dia, esok dah kahwin paling lama pun depa balik cuti 3 hari. Bukan lama mana tidur 3 hari balik rumah mentua. Ish abg tak paham la. Keluarga budak laki tu macam mana?

Mak : Adik-beradik dia semua pandai-pandai, ada yang belajar kat Mesir, semua belajar universiti la. Mak ayah dia pun orang-orang baik, budak laki ni pun orang baik-baik. Jenis jaga solat semua.

Ayah : Ishhh tak paham abang, ni nak kahwin dengan rumah dan harta ka atau nak kahwin dengan lelaki yang baik. Ingat nabi sendiri dah pesan, 'Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya sekiranya kamu tidak berbuat demikian akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) dimuka bumi.' Memang la kita nak yang terbaik dalam hidup ni tapi kalau dunia menjadi pilihan pertama kita, kita takkan bahagia. Buat apa duit banyak tapi rumahtangga pecah belah, solat tah ke mana. Akhlak tah ke mana. Subuh pun tinggal apatah lagi nak dapat keberkatan rumahtangga. Abg kalau boleh nak anak-anak hidup sederhana asalkan solat dorang jaga.

Mak : Kalau nak yang terbaik kenalah berdoa bersungguh-sungguh. Yakin Allah tu berkuasa atas segalanya. Bukan cakap je nak yang terbaik.

Ayah : Yela memang la kita kena berdoa. Tapi ingat Allah takkan bagi 100% apa yang hamba dia minta. Dia akan bagi 60% ka, 30%. Jarang yang dapat 100%. Kalau ada tu rahmat Allah dia bagi kat orang tu. Sebab hidup ini ada suka duka, tawa dan riang. Kalau tak, tak nama la kehidupan. Yang penting kita yakin Allah berkuasa segalanya. Kalau kita doa nak yang terbaik, tapi Allah bagi yang kurang baik, itu ujian buat kita. Kita kena sabaq la, sebab ujian ni tanda kasih sayang Allah kat hamba dia. *ok time ni aku sedih gila dengan ayat- ayat ayah. Daifnya aku :(

Mak : Hmmm biaq pi la anak depa, anak kita esok kita doa dapat yang pandai jaga solat. Bahagia dunia akhirat.



*Ok finishhhh, actually perbualan ni pasal my cousin ada orang masuk merisik dia. But my auntie tu macam tak nak budak lelaki tu sebab rumah family dia rumah lama and jauh sikit dari bandar. Padahal budak lelaki tu baik, solat jaga. I hope my parents tak memilih calon menantu. But my mum sendiri penah pesan 'carik orang yang jaga solat, hidup kita bahagia dunia akhirat' then aku teringat ayah cakap 'apa pun yang kita dapat kalau bukan seperti yang kita kehendak, ini ujian dari Allah'. Lagipun sabar tu kan besar ganjarannya. Yang penting kita jaga diri, jaga solat, yakin Allah berkuasa.



p/s : Sekarang ni makin ramai pulak kawan-kawan aku dah bertunang, semoga dorang bahagia dunia akhirat. Akhir umur 24 kalau takde orang masuk merisik aku, I'll let my parents carikan sorang bakal suami untuk aku. Muahaha bole caye ke ni atiq?







Assalamualaikum readers :)



6 orang sedang senyum kucen:

Nisa said...

HAHA mcm tu ke tyqa ? akhir umur 24 ehhh

nice conversation laa,parents always know what the best for their children

Anonymous said...

ohmygod, ohmygod, ohmygod..
title bikin gempak la tqa ni.. ingt tqa nye jodoh td. tpranjat ittew. hehe.. :D
-romantik mak ayah dia-

salam rindu dr uia.:)

miss senyum said...

cekodod : hehe mesti ada target lagi2 bersolo mcm ni, yep parents always want the best for their children.

anony : hehe saya belum lagi la awk, ni mesti biah kannn, miss you!

Anonymous said...

tyqa jaga diri you, if ada jodoh tak kemana dont worry, biar lah kawan2 tunang dulu ke apa but yg penting you ada peluang nak bersedia. :)

lotsoflove
inciksenyum :)

cik hemo hemo said...

waaaaaa pewit. kawen tu best eh?
hahaha soalan cepumas. tett

miss senyum said...

incik senyum : yea awk, I'll remember that :)

cik hemo hemo : haha don't ask me dear, saya tak kahwin lagi.