Friday, March 3, 2017

Chemical Pregnancy

Assalamualaikum.






Too long too write. Well hari ni gagahkan juga jari jemari halus ku ini untuk berceloteh semula. Hihi moga tiada yang jemu untuk membaca semula. 😉 Refer kepada tajuk pun mesti sesetengah dah tahu what is chemical pregnancy kan? So macam tu juga dengan Tqah. Honestly first time dengar terms ni dekat Ig owner butik SBU iaitu mommy Oya. 😉



Mula-mula tu bila baca a little description by her, Tqah just respon like 'ermm kes macam ni pun ada ke?'. So lepas tu google terus pasal chemical pregnancy ni. Mula-mula paham lepas tu jadi tak paham sikit. Tapi masa tu ignore terus sebab doa banyak-banyak kalau ditakdirkan rezeki untuk pregant my baby okay sihat.




Tapi kuasa Allah, Februari hari tu my period lewat dalam 6 hari. Dalam hati 50/50 ada ke tak ni rezeki kami suami isteri. Still chill walaupun perasan badan macam mengembang sikit (😋), dengan emo terlampau (😏), suhu badan tiap hari panas je. Sampai la 25/2/2017 lepas solat Subuh tiba-tiba period. Masa tu down sikit sebab period, bagitau suami pun lepas dia balik dari program kerja dia. Tapi nak dijadikan cerita my period kali ni lain macam sebab darah keluar berketul-ketul dalam keadaan yang luar biasa dari period sebelum ni. Benda ni berlanjutan 3 hari. 




Tapi  yang bestnya langsung tak rasa nak jumpa doktor hari pertama tu sebab rasa memang takde rezeki dan ni mungkin period macam biasa. Selang 4hari selepasnya baru la pergi klinik and ask the doctor and she said maybe Tqah pun jadi kes chemical pregnancy ni. Masa tu macam tak rasa apa, sedih ke terkejut ke. Tapi esoknya emosi terus tak stabil, I cried all the day alone! Sambil makan nangis, sambil nangis terus tidur. 😪 Tapi right now dah okay and cuba untuk redha dan yakin bahawasanya semua ini ada hikmah yang kita tidak tahu tapi Allah Yang Maha Mengetahui. 😊




p/s ; Doakan kami suami isteri dikurniakan zuriat yang soleh solehah dan sihat yea. 👪

0 orang sedang senyum kucen: